MPSP Guarded Neighborhood Planning Guidelines

2:59 PM 0 Comments


GARIS PANDUAN PERANCANGAN SKIM “ GUARDED NEIGHBOURHOOD “
(DILULUSKAN MAJLIS PENUH BIL 454 (4/2012)

SYARAT-SYARAT PENYEDIAAN SKIM “ GUARDED NEIGHBOURHOOD “
- Maksima unit untuk skim ini tidak melebihi 300 unit.
- Permohonan melalui persatuan penduduk (RA) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
- Semua premis kediaman yang hendak dijadikan sebagai GN mestilah telah mendapat Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
- Menyediakan dokumen lengkap mengenai persetujuan 2/3 penduduk

1. KAWALAN AM PERANCANGAN
 Skim GN hanya dibenarkan di kawasan bandar ( di dalam kawasan operasi PBT), khususnya di kawasan yang kurang selamat (mempunyai kadar jenayah yang tinggi berdasarkan rekod pihak polis).
 GN tidak dibenarkan jika di dalam kawasan kejiranan terdapat komponen-komponen kemudahan awam utama seperti sekolah,masjid, dewan orang ramai dan sebagainya serta jika merupakan kawasan laluan pengangkutan bas awam.
 PBT boleh menentukan bilangan unit rumah (minimum dan maksimum dalam sesuatu skim GN bagi memastikan ianya dapat dikawal dan diurus dengan berkesan.

2 SYARAT ASAS PENUBUHAN
 Cadangan menubuhkan GN perlu dimaklumkan kepada PBT yang berkenaan melalui persatuan penduduk (RA) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
 Semua premis kediaman yang hendak dijadikan sebagai GN mestilah telah mendapat Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
 Cadangan untuk mewujudkan GN perlu mendapat persetujuan majoriti penduduk (ketua isi rumah) sebanyak 2/3 , tertakluk kepada tiada sebarang paksaan dan tekanan kepada penduduk yang tidak
bersetuju.
 Pihak persatuan penduduk perlu mengemukakan dokumen berkenaan dengan persetujuan penduduk dan lain-lain maklumat yang diperlukan kepada PBT dan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.

3 PEMBINAAN PONDOK PENGAWAL
 Saiz pondok pengawal hendaklah tidak melebihi 1.8 meter X 2.4 meter.
 Pondok pengawal hanya dibenarkan disedia atau dibina di kawasan bahu jalan (road shoulders) dan perlu dipastikan tidak menghalang lalulintas. Amalan pembinaan pondok pengawal di atas atau di kawasan tengah jalan adalah tidak dibenarkan.
 Jika cadangan binaan pondok pengawal di kawasan bahu jalan adalah berstruktur kekal (permanent structure), pemohon (persatuan penduduk) perlu memohon kelulusan Lesen Pendudukan Sementara
(TOL) daripada Pejabat Tanah Daerah (PTD) yang berkenaan. Peraturan ini adalah selaras dengan seksyen 65, Kanun Tanah Negara, 1965 (Akta 56).

4 PEMBINAAN PONDOK PENGAWAL
 Cadangan lokasi pondok pengawal perlu ditanda di dalam pelan yang sesuai dan perlu dikemukakan kepada PTD semasa mengemukakan permohonan TOL dan kepada PBT bagi permohonan permohonan permit atau kelulusan pembinaan sementara.
 Cadangan rekabentuk pondok pengawal perlu dikemukakan kepada PBT (Bahagian Bangunan) untuk mendapat permit atau kelulusan pembinaan sementara bagi pembinaan pondok pengawal. Pondok
pengawal hanya boleh dibina setelah mendapat permit atau kelulusan pembinaan sementara daripada PBT.

5 PEMBINAAN PONDOK PENGAWAL
 Rekabentuk bumbung dan fasad bangunan perlulah berharmoni. ‘manual boom gate’, kon dan papan tanda keselamatan boleh diberi pertimbangan untuk dipasang atau diletak di lokasi yang sesuai di jalan masuk berhadapan dengan pondok pengawal dengan syarat terdapat pengawal keselamatan bertugas mengawal sekatan tersebut selama 24 jam.

6 PEMBINAAN PAGAR
 Pembinaan pagar (perimeter fencing) mengelilingi kawasan sempadan skim kejiranan adalah tidak dibenarkan.

7 PENGAWAL KESELAMATAN
Syarikat pengawal keselamatan dilantik perlu berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan mematuhi syarat-syarat bagi pengambilan pekerja dan pengawal keselamatan.

8 PELEPASAN STATUS
Cadangan pelepasan atau pembubaran status GN kepada status asal (tidak berpengawal) oleh persatuan penduduk perlu dimaklumkan kepada PBT.

Reference: MPSP Guarded Neighborhood Planning Guidelines

-thethinker-

Scientia Est Potentia.

0 comments: